Assalamualaikum
dan salam sejahtera,
Apa khabar
pembaca-pembaca sekelian? Harap berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya
berkat bulan Ramadhan ini. Hari ini aku nak share dengan korang tentang maklumat
berkaitan bateri kereta. Ini adalah maklumat yg aku dapat dari membaca forum-forum
automotif dan website yang berkaitan mengikut kefahaman aku. Jika ada kesilapan
mohon perbetulkan. Maklumat ini sesuai bagi sesiapa yang ingin menambahkan
pengetahuan tentang bateri kereta.
|
Maintenance Free Batteries. Source: Google image |
Kepada bakal
pembeli, anda perlu tahu terdapat 2 jenis bateri dipasaran iaitu Maintenance
Free Batteries (MF) dan Non- Maintenance Free Batteries (NMF). Fungsinya kedua-dua bateri adalah sama
iaitu nak menghidupkan engine kenderaan anda. Biasanya 12 V. Sejumlah arus elektrik yang besar
diperlukan untuk menghidupkan kereta. Apabila engine dah hidup, tugas membekalkan tenaga elektrik akan
diserahkan kepada alternator sambil bateri tersebut akan charging semula kepada
keadaan asal.
|
Source: Google image |
Perbezaan utama
antara kedua-dua bateri yang acap kali
diperbincangkan hanyalah pada harga, maintenance,
dan jangka hayat bateri. Dari faktor harga MF adalah lebih mahal sekitar RM
30-RM50 berbanding NMF. Harga bateri pula bergantung kepada saiz bateri dan
jenama bateri itu sendiri. Sebagai contoh harga bateri DIN55 Century MF adalah
sekitar RM240 (online price). Mahalkan bateri kereta? tp bateri ini la yang aku nk guna nnti. Hehe..(^_^).
|
Source: Google image |
Mungkin pembaca
juga pernah terfikir, bagaimanakah system bateri MF ini? Serupa dengan bateri
sel keringkah seperti bateri AAA tu sampai x perlu tambah air bateri? =)
|
Source: Google image |
Sebenarnya bateri MF ini pn sama juga bentuk dan sifat dengan NMF yang perlu
diisi air bateri tu. Cuma bagi MF, bateri ini telah di ‘SEAL’ agar kadar
penyejatan air bateri dapat dikurangkan/dilambatkan berbanding NMF. Sebab
itulah bateri NMF perlu dijaga paras air baterinya agar tidak kering lalu dapat
merosakkan bateri. Bateri MF ini amat sesuai bagi sesiapa yang kurang arif
berkaitan hal-hal automotif macam aku. So, x perlulah nak susah2 topup air
bateri. Kadang2 ada risiko tertumpah air bateri dkt tray bateri n kadang sampai terkena
body kereta. Bahaya tau boleh karat dan reput body kereta sampai jd mcm ni.
|
Source: Google image |
Dari aspek
jangkahayat, bagi aku adalah subjektif. Jangka hayat bateri bergantung kepada
cara penggunaan pengguna itu sendiri. Kalo selalu terlupa tutup lampu, banyak
pasang car accessories yang guna electrik, guna HID, guna audio system yang gempak2,
short
distance travel, alternator x berfungsi dgn baik dan overheating mungkin antara
punca bateri x tahan lama. Kalau nk tukar bateri kereta jangan lupa suruh pomen check alternator dgn Multimeter. Hidupkan
enjin kenderaan anda terlebih dahulu. Setkan multimeter pada voltan arus terus (DC) dan sambung wayar
multimeter pada terminal positif dan negatif bateri kereta (tidak perlu
tanggalkan wayar terminal bateri). Bacaan yang sepatutnya diperolehi
adalah sekitar 13V hingga 14.5V. Sekiranya bacaan kurang daripada 12.5V,
itu menunjukkan alternator anda menghadapi masalah. Dapatkan bantuan mekanik sekiranya perlu.
Bateri biasanya diberi warranty selama 12-18 bulan
bergantung kepada manufacturer masing-masing. Tp ada pengguna
yang claim pernah guna sampai 3- 4 tahun dan
kebanyakannya menggunakan NMF. Diorang ni memang pandai jaga bateri kot. Hehe… On the other side, jangka hayat MF biasanya diantara 1.5 tahun hingga 2.5 tahun je. Kalo dh sampai masa tu spare la Jumper Cable mcm gambar kt bawah ni dalam bonet kereta ye. Kalo emergency nnti bole gak guna. Nk pilih Jumper Cable tngk saiz cable dia dan spec berapa Amp...200A, 400A, 400A dan ada yg sampai 1000A...yg seribu tu untuk lori la kot kn..hehe
|
Source: Google image |
So, sampai
situ ajelah aku nak share. Next time aku akan share isu lain plk dalam Part 2.
Sambung baca part 2 di sini
Thanks and Selamat Berpuasa,
Warmest regards,
Bk