Thursday 18 October 2012

Kisah Seorang Ketua Dan Pekerja




Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.  Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. 


P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Very good article and  share via network.

Sunday 14 October 2012

Selaman SCUBA dan Risiko





SEJAK berabad lamanya, keajaiban dasar laut sering kali menggamit manusia untuk menerokai misteri keindahan dan keunikannya.
Atas sebab itulah, pelbagai cara dan teknik menahan nafas ketika menyelam dilakukan bagi membolehkan penyelam mendapatkan apa saja yang `diingini' dari dasar laut. Bagaimanapun, penyelam pada zaman dahulu hanya dapat menyelam pada jangka masa dan kedalaman yang cukup terhad. Setelah terciptanya pam yang dapat memberi udara mampat pada tekanan tinggi, impian untuk menyelam lebih lama dan dalam akhirnya menjadi kenyataan.



Alatan asas Recreational SCUBA. Source: Google image.

Sebelum ini, tugas penyelam lebih tertumpu kepada mencari harta daripada kapal-kapal karam, khususnya dalam bidang ketenteraan. Tetapi, sejak pertengahan tahun 1970-an, penggunaan alatan SCUBA (Self-Contained Underwater Breathing Apparatus), aktiviti menyelam menjadi salah satu aktiviti riadah yang cukup menarik. Dengan adanya peralatan moden ini, penyelam kini bebas menjelajah ke dasar laut untuk membongkar rahsia, mitos dan legendanya.

Multiplace Hyperbaric Chamber, Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik, (IPBAH).

Namun, sekalipun peralatan moden membolehkan manusia menerokai dasar laut, fisiologi dan struktur tubuh manusia tidak dicipta untuk tekanan tinggi pada jangka masa yang panjang. Ini kerana, ia boleh mendatangkan risiko pada kesihatan. ``Sekalipun, ia merupakan aktiviti riadah yang menarik, tetapi ia mempunyai risiko tersendiri. "Tetapi, risiko ini boleh dikurangkan dengan latihan dan prosedur menyelam yang betul,'' kata Ketua Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik, (IPBAH), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lt. Kol. (Dr.) Abd. Halim Mohamed. Menurut beliau, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, setiap penyelam perlu menjalani latihan dan mengetahui teknik selaman yang betul. Ini kerana, penyakit-penyakit yang dialami oleh penyelam agak unik dan memerlukan rawatan khusus. Abd. Halim memberitahu, oleh kerana aktiviti menyelam dilakukan di kawasan yang tiada kemudahan perubatan serta komunikasi yang terhad, penyelam biasanya lewat mendapat rawatan.

Antara risiko akibat aktiviti menyelam ialah:

Penyelam yang sedag menerima rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy. Source: Google image.
Decompression Sickness (DCS)
Penyakit yang juga dikenali sebagai dekompresi (decompression sickness) ini merupakan sejenis gangguan fisiologi yang disebabkan oleh penurunan tekanan atmosfera yang terlalu cepat. Perlu diketahui, tekanan di dasar laut jauh lebih tinggi berbanding di permukaan. Biasanya, penyelam akan bernafas dengan udara mampat yang mengandungi 79% Nitrogen dan 21% Oksigen. Sehubungan itu, tekanan tinggi ini menyebabkan gas nitrogen larut dalam tisu tubuh dan darah penyelam. Lebih lama dan lebih dalam selaman seseorang, lebih banyak gas nitrogen yang larut. Ketika penyelam naik ke permukaan laut, gas nitrogen yang larut ini biasanya meresap keluar melalui paru-paru. Bagaimanapun, jika penyelam naik ke permukaan dengan kadar yang terlalu cepat, penghasilan buih gas nitrogen semakin bertambah dalam tisu dan darah. Buih-buih nitrogen dalam tisu dan darah ini akan menghalang bekalan oksigen dihantar ke seluruh tubuh. Sekali gus, ia menyebabkan kerosakan pelbagai tisu tubuh termasuklah saraf tunjang, salur darah, sakit sendi dan abdomen. Ia boleh mengakibatkan penyelam mengalami kelumpuhan, pengsan, kebas, sawan dan sakit sendi.

Bagi kes-kes yang serius, DCS boleh menyebabkan kematian. Risiko untuk menghidap DCS meningkat sekiranya seseorang penyelam menyelam melebihi had masa dan kedalaman menyelam, selaman berulang (repetitive dives) serta mengikuti penerbangan (Flying after diving). Keadaan yang juga dikenali sebagai The Bends atau altitude sickness ini bukan saja menjejaskan penyelam, malah juruterbang dan mereka yang bekerja di persekitaran udara mampat. Penyelam perlu dirawat di dalam kebuk tekanan tinggi atau kebuk hiperbarik. Penyelam akan dimasukkan ke dalam alat ini dengan tekanan tiga kali ganda daripada tekanan atmosfera sambil penyelam bernafas dengan 100 peratus oksigen. Tekanan ini akan mengecutkan buih dalam tisu dan salur darah penyelam.
  

Ear barotrauma paling kerab berlaku akibat perbezaan tekanan pada gegendang telinga. Source: Google image.
Kecederaan Akibat Tekanan (Barotrauma)
Tubuh manusia mempunyai banyak ruang udara seperti paru-paru, telinga tengah, rongga sinus dan usus. Apabila penyelam turun ke dasar laut, tekanan yang meningkat mengakibatkan ruang-ruang udara ini mengecut. Seb)aliknya, jika penyelam naik ke permukaan ruang-ruang udara ini akan mengembang (Boyle's Law). Kadangkala proses ini boleh mencederakan tisu-tisu tersebut. Sehubungan itu, penyelam yang terlatih akan berhati-hati dengan tidak menahan nafas ketika naik ke permukaan. Jika tidak, paru-paru akan mengembang berlebihan dan pecah. 


Keadaan yang dikenali sebagai tekanan trauma atau barotrauma paru-paru ini menyebabkan perubahan pada saiz ruang udara paru-paru. Ia boleh mengakibatkan kecederaan. Selain kecederaan, paru-paru yang pecah ini juga sering kali mengakibatkan udara keluar daripada paru-paru dan masuk ke salur darah berhampiran. Udara dalam saluran darah ini akan masuk ke jantung, otak atau ke seluruh tubuh. Gas yang tersebar ini boleh menyekat aliran darah ke otak yang akhirnya individu terbabit pengsan, lumpuh, sawan dan kematian. Udara daripada paru-paru yang pecah ini boleh memasuki ruang antara paru-paru dan dinding dada (pleura). Kesannya, pesakit akan mengalami sesak nafas, kebiruan dan pengsan kerana kegagalan paru-paru berfungsi. Udara ini juga yang masuk ke ruang sekeliling jantung mengganggu fungsi organ tersebut. Mereka yang menghidap asma, bronkitis dan pernah menghidap penyakit batuk kering (TB) berisiko mengalami keadaan ini. Masalah ini tidak hanya terhad kepada penyelam pada selaman yang dalam. Malah, ia boleh berlaku kepada penyelam yang menyelam dengan kedalaman cetek seperti satu meter sekiranya penyelam menahan nafas ketika naik ke permukaan.


Keracunan gas
Penyelam yang bernafas pada kedalaman lebih 40 meter berisiko mengalami keracunan gas atau dikenali sebagai nitrogen narcosis / inert gas narcosis / raptures of the deep / Martini effect. Keracunan ini berlaku kerana nitrogen yang wujud dalam udara larut dalam saraf apabila tekanan meningkat. Kesannya, penyelam akan khayal, kurang tumpuan, hilang pertimbangan dan mengalami gangguan koordinasi. Walaupun keadaan ini akan pulih serta-merta jika penyelam naik ke permukaan, namun ia sering kali membahayakan keselamatan penyelam.  
Penggunaan oksigen pada tekanan tinggi boleh menyebabkan keracunan oxygen. Pada kedalaman secetek 6 meter, penyelam yang bernafas dengan menggunakan 100 peratus oksigen boleh mengalami sawan dan lemas. Teknik selam menggunakan 100 peratus oksigen hanya digunakan oleh penyelam tentera.
Selain itu, alat selam yang rosak juga boleh menyebabkan keracunan karbon dioksida atau kekurangan oksigen (hipoksia). Kedua-dua masalah ini boleh menyebabkan penyelam pengsan dan lemas.


Sequel From Working Under Pressure: Dysbaric osteonecrosis

Dysbaric osteonecrosis
Penyakit ini mengakibatkan kerosakan sendi, patah tulang, tulang reput dan mati disebabkan terdapat micro buble yang terbentuk didalam salur darah pada tulang. Biasanya, bahagian yang terlibat ialah tulang-tulang panjang seperti lengan dan paha. Penyelam yang menyelam terlalu dalam dan lama atau pernah mengalami penyakit nyah tekanan (DCS), berkemungkinan boleh mendapat penyakit ini. Bagaimanapun, penyakit ini jarang terjadi kepada penyelam yang menyelam mengikut spesifikasi had-had selaman rekreasi.


Lemas
Seseorang yang keletihan dan mengalami sesak nafas ketika dikelilingi air yang dalam, boleh membahayakan nyawa. Lebih-lebih lagi jika penyelam terbabit menghidap sakit jantung, lelah, hipertensi dan diabetes. Lemas juga kerap terjadi sekiranya penyelam panik, cemas dan hilang haluan. Masalah ini boleh berlaku akibat masalah pada peralatan selam, kurang pengalaman, latihan, persekitaran yang gelap, hilang arah atau kombinasi situasi-situasi tersebut.

Hidupan laut
Penyelam perlu tahu bahawa apabila mereka menyelam ke dasar laut, mereka adalah `pelawat' di tempat tinggal makhluk marin. Mengganggu haiwan-haiwan ini sama ada dengan menyentuh atau menangkap mereka boleh mengakibatkan mereka bertindak balas. Terdapat beberapa jenis hidupan laut yang mampu mencederakan manusia melalui gigitan, biasa atau racun. Ini merupakan mekanisme semula jadi haiwan tersebut untuk mempertahankan diri atau kawasan tempat tinggal mereka. Beberapa jenis ikan, termasuk ikan pari, obor-obor, ikan depu, ular laut dan sebagainya mempunyai suntikan racun berbisa yang boleh menyebabkan maut. Keracunan juga boleh berlaku jika seseorang makan ikan buntal atau kerang beracun. Bagaimanapun, kecederaan akibat gigitan jerung yang sering ditakuti, tidak berlaku di negara ini. Ini kerana, jerung yang terdapat di perairan negara ini bukan dari jenis yang menyerang manusia.

Wednesday 3 October 2012

Rujukan Umum bagi Bateri Kereta (Part 2)

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak share berkaitan info bateri kereta (Part 2). Rujukan ini amat berguna sebagai  rujukan  pembaca bagi memahami  jenis bateri kereta, dimension dan layout terminal.

Ok guys.. untuk tidak menyusahkan diri dan kereta, anda disarankan memilih jenis dan saiz bateri yang compatible dengan bateri anda yang asal a.k.a bateri standard kilang. x salah kalau nk tukar bateri yang bersaiz lebih besar cth: ns60 kepada ns70, tp faktor seperti saiz bateri, dan layout terminal harus diambil perhatian. Semakin besar bateri, semakin besar tenaga yang boleh anda dapat dan saiz yang akan lebih besar kerana terdapat pertambahan plat dalam bateri.

Anda msti juga tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan DIN dan NS? Bateri DIN adalah merujuk kepada bateri spesifikasi Eropah manakala bateri NS merujuk kepada spesifikasi Jepun. Perbezaan utama hanyalah kepada saiz bateri dan layout terminal (A atau B). Untuk menukar bateri DIN kepad NS, anda perlu rujuk saiz bateri yang asal dan jenis layout bateri. Kalo layout dh sama tapi tinggi berbeza nnti sangkut pulakkan. so, table kt bawah nie ada jawapannya. Tengok bateri lama dan compare dengan bateri baru. Mudah kan?..


Rujuk jenis terminal layout anda.  Pengguna selalu tersilap pada kedudukan terminal +ve dan -ve bateri asal. Saiz sama tp jika tersilap terminal, power cable x boleh nak sampai dekat +ve terminal sebab pendek.  Jaga2 jangan sampai shorting yer. Merana poket nnti.


Sekian, itu sahaja dari saya.
Best regards
Bk










Friday 17 August 2012

Rujukan Jenis-Jenis Sakit Kepala.


Assalamualaikum dan selamat petang,

Hari ni saya nak share info tentang sakit kepala. Jadi pembaca boleh la kenal-kenal sakit kepala apa yang anda selalu dapat. Gambar ini saya dapat dari internet je.

Sakit kepala/headache bermaksud kesakitan yang dialami seseorang pada bahagian kepala dan bahagian atas leher. Kedua-dua tempat ini adalah tempat biasa dimana kesakitan dirasai.
Terdapat 4 jenis sakit kepala yang utama iaitu Cluster Headache, Tension Headache,  Migraine dan Sinus Headache.



Tension Headache adalah yang sakit kepala yang paling umum dan paling kerap berlaku. lebih daripada 90% orang dewasa pernah mengalaminya. Menurut kajian tension headache lebih kerap berlaku kepada perempuan berbanding lelaki. So, jangan tension2 ye. (^_^)v

Migrain Headache adalah jenis kedua yang paling kerap berlaku. Dianggarkan 28 juta orang di USA pernah mengalami migrain. Kanak-kanak juga berpotensi mengidap migrain termasuk orang dewasa. Sebelum baligh, kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai kecenderungan yang sama untuk mengidap migrain (50-50), tetapi selepas baligh, orang perempuan lebih cenderung/kerap mendapat migrain. Dianggarkan 6% lelaki dan lebih daripada 18% perempuan akan merasai migrain sepanjang umur mereka.

Cluster headaches amat jarang berlaku dan hanya menyerang lebih kurang 0.1% populasi masyarakat. (1 dalam 1000). Sakit kepala jenis ini lebih cenderung menyerang orang lelaki dewasa berumur 20 dan keatas.

Sinus Migrain adalah sakit kepala yang biasa dihadapi oleh orang yang ada resdung , Rhinitis dan Rhinosinusitis / sinusitis.

Itu je untuk hari ini. berjumpa di lain hari.

Thanks
Best Regards
Bk











Thursday 16 August 2012

Rujukan Umum bagi Bateri Kereta (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca-pembaca sekelian? Harap berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya berkat bulan Ramadhan ini. Hari ini aku nak share dengan korang tentang maklumat berkaitan bateri kereta. Ini adalah maklumat yg aku dapat dari membaca forum-forum automotif dan website yang berkaitan mengikut kefahaman aku. Jika ada kesilapan mohon perbetulkan. Maklumat ini sesuai bagi sesiapa yang ingin menambahkan pengetahuan tentang bateri kereta.
Maintenance Free Batteries. Source: Google image

Kepada bakal pembeli, anda perlu tahu terdapat 2 jenis bateri dipasaran iaitu Maintenance Free Batteries (MF) dan Non- Maintenance Free Batteries (NMF).  Fungsinya kedua-dua bateri adalah sama iaitu nak menghidupkan engine kenderaan anda. Biasanya 12 V. Sejumlah arus elektrik yang besar diperlukan untuk menghidupkan kereta. Apabila engine dah hidup, tugas membekalkan tenaga elektrik akan diserahkan kepada alternator sambil bateri tersebut akan charging semula kepada keadaan asal. 

Source: Google image

Perbezaan utama  antara kedua-dua bateri yang acap kali diperbincangkan hanyalah pada harga, maintenance, dan jangka hayat bateri. Dari faktor harga MF adalah lebih mahal sekitar RM 30-RM50 berbanding NMF. Harga bateri pula bergantung kepada saiz bateri dan jenama bateri itu sendiri. Sebagai contoh harga bateri DIN55 Century MF adalah sekitar RM240 (online price). Mahalkan bateri kereta? tp bateri ini la yang aku nk guna nnti. Hehe..(^_^).

Source: Google image


Mungkin pembaca juga pernah terfikir, bagaimanakah system bateri MF ini? Serupa dengan bateri sel keringkah seperti bateri AAA tu sampai x perlu tambah air bateri? =)

Source: Google image

Sebenarnya bateri MF ini pn sama juga bentuk dan sifat dengan NMF yang perlu diisi air bateri tu. Cuma bagi MF, bateri ini telah di ‘SEAL’ agar kadar penyejatan air bateri dapat dikurangkan/dilambatkan berbanding NMF. Sebab itulah bateri NMF perlu dijaga paras air baterinya agar tidak kering lalu dapat merosakkan bateri. Bateri MF ini amat sesuai bagi sesiapa yang kurang arif berkaitan hal-hal automotif macam aku. So, x perlulah nak susah2 topup air bateri. Kadang2 ada risiko tertumpah air bateri dkt tray bateri n kadang sampai terkena body kereta. Bahaya tau boleh karat dan reput body kereta sampai jd mcm ni.

Source: Google image


Dari aspek jangkahayat, bagi aku adalah subjektif. Jangka hayat bateri bergantung kepada cara penggunaan pengguna itu sendiri. Kalo selalu terlupa tutup lampu, banyak pasang car accessories yang guna electrik, guna HID, guna audio system yang gempak2, short distance travel, alternator x berfungsi dgn baik dan overheating mungkin antara punca bateri x tahan lama. Kalau nk tukar bateri kereta jangan lupa suruh pomen check alternator dgn Multimeter. Hidupkan enjin kenderaan anda terlebih dahulu. Setkan multimeter pada voltan arus terus (DC) dan sambung wayar multimeter pada terminal positif dan negatif bateri kereta (tidak perlu tanggalkan wayar terminal bateri). Bacaan yang sepatutnya diperolehi adalah sekitar 13V hingga 14.5V. Sekiranya bacaan kurang daripada 12.5V, itu menunjukkan alternator anda menghadapi masalah. Dapatkan bantuan mekanik sekiranya perlu.

Bateri biasanya diberi warranty selama 12-18 bulan bergantung kepada manufacturer masing-masing. Tp ada pengguna  yang claim pernah guna sampai 3- 4 tahun dan kebanyakannya menggunakan NMF. Diorang ni memang pandai jaga bateri kot. Hehe… On the other side, jangka hayat MF biasanya diantara 1.5 tahun hingga 2.5 tahun je. Kalo dh sampai masa tu spare la Jumper Cable mcm gambar kt bawah ni dalam bonet kereta ye. Kalo emergency nnti bole gak guna. Nk pilih Jumper Cable tngk saiz cable dia dan spec berapa Amp...200A, 400A, 400A dan ada yg sampai 1000A...yg seribu tu untuk lori la kot kn..hehe

Source: Google image


So, sampai situ ajelah aku nak share. Next time aku akan share isu lain plk dalam Part 2.

Sambung baca part 2 di sini

Thanks and Selamat Berpuasa,

Warmest regards,
Bk



Thursday 19 January 2012

Rujukan Harga Kereta Terpakai Di Malaysia


BAYANGKAN anda berhasrat menjual sebuah kereta anda kepada seorang rakan namun tidak mencapai persetujuan kerana harga jualan agak tinggi manakala sahabat anda mahu membeli pada harga lebih rendah. Maka alternatif biasa ialah merujuk kepada syarikat jualan kenderaan terpakai yang lazimnya menjadi panduan banyak pihak untuk menilai harga semasa kereta.


Masalahnya syarikat terbabit pula mungkin kebetulan ada kepentingan sebelah pihak sama ada dengan si penjual atau pembeli.

Atau mungkin pilihan terakhir ialah menghubungi wakil pengedar kereta sebagai rujukan tetapi kebanyakan mereka pula tiada maklumat mengenai harga semasa model keluaran lama kecuali cuma berdasarkan pengalaman. Justeru, satu pangkalan data harga taksiran bagi semua model kereta terpakai dan terkini amat perlu. Di luar negara khususnya Amerika Syarikat (AS), Australia dan Jepun, perkara sedemikian bukan asing.

Menyedari hakikat itu, sebuah firma tempatan, ISM Insurance Services Malaysia Berhad (ISM) telah memperkenalkan sistem khidmat pangkalan data tersebut sejak akhir tahun lalu iaitu yang pertama di negara ini. "Namun mungkin tidak ramai menyedari perkara ini kerana ia masih baru dan kami pun baru mempromosikannya kepada umum," jelas Ketua Pegawai Eksekutif ISM, Carl Rajendram.
http://www.carprices.com.my/abi/commonCarSearch.htm

Menceritakan lebih lanjut, beliau memberitahu, idea penubuhan sebuah pangkalan data bersepadu yang mengandungi semua harga semasa kereta dicetuskan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri sejak tahun 2001. Ia ekoran rungutan syarikat insurans bagi mentaksir harga semasa sesebuah model kereta terpakai yang bertukar pemilik kerana ia lebih kepada budi bicara antara pembeli dan penjual. "Maka pada tahun 2005, sebanyak 39 buah syarikat insurans dan takaful tempatan bergabung menubuhkan ISM sebagai firma perkhidmatan pangkalan data dengan diberi status Koridor Raya Multimedia (MSC)," tambah Rajendram.

ISM yang kini memiliki lebih 100 juta rekod premium dan tuntutan insurans asalnya merupakan projek khas Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sejak tahun 1998 sebagai Organisasi Penarafan Insurans Malaysia. Memandangkan Malaysia belum ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang itu, firma pembekal data ternama dari Switzerland, EurotaxGlass's dipilih kerana pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang khidmat data, penyelesaian dan perisikan perniagaan bagi industri automotif Eropah. "Ia beroperasi di 31 buah negara termasuk Australia dan kemasukan ke negara kita sekali gus menjadikan Malaysia negara kedua selepas Jepun di benua Asia yang memiliki sistem data sedemikian," terang Rajendram.

Pangkalan data secara talian itu yang mengandungi lebih 8,000 model kenderaan merangkumi maklumat seawal tahun 2000 sudah pun dijadikan rujukan oleh semua syarikat kereta dan insurans sejak Oktober tahun lalu. Bermula 28 Januari lepas, orang ramai boleh mendapatkan data tersebut secara percuma dengan melayari terus carprices.ism.net.my, iaitu laman web yang dibangunkan bersama oleh ISM dan EurotaxGlass. "Paparan taksiran harga model pasca tahun 2000 dikemas kini setiap bulan berdasarkan pemantauan dan kajian harga pasaran daripada pelbagai sumber industri automotif di Malaysia," kata Rajendram lagi.

Justeru, masyarakat boleh mengetahui dengan tepat harga kenderaan untuk panduan pembaharuan insurans, pembiayaan semula, jual-beli dan sebagainya selain mengelak daripada ditipu oleh pihak berkepentingan. Malah ujarnya, laman web itu dalam masa beberapa bulan lagi turut membolehkan pengguna mendapatkan nilai semasa harga kereta mereka berdasarkan jarak perbatuan, keadaan kenderaan dan aksesori pilihan. Ini kerana harga kereta keluaran tahun 2001 yang telah dipandu kurang 100,000 kilometer dan masih elok misalnya tidak sama nilai dengan kereta tahun 2006 yang menjelajah 200,000 km dan berkeadaan buruk. "Secara tidak langsung, kita mendidik pengguna sentiasa peka dengan harga kenderaan yang ditentukan pelbagai faktor secara telus dan pada masa juga memastikan semua pihak dapat berpuas hati," jelas Rajendram.

Sumber daripada:  http://www.sioloon.com/

Pembuka Bicara


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca kerana sudi singgah ke 123DotMy. Blog ini adalah salah satu usaha saya dalam mengembangkan ilmu pengetahuan yang ada pada saya untuk dikongsi dan dibincang bersama  serta sebagai satu tapak untuk dijadikan rujukan tidak kira isu semasa, permotoran, kesihatan mahupun hiburan. Blog ini juga akan menjadi bukti kewujudan saya dialam maya ini..
Sekian, Terima kasih
Bk