Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang
asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan
dimasukkan ke dalam poketnya. Dia
menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh
dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa
yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan
menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling
berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya
dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka
bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu
disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba
memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian
mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan
syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di
atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke
bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg
terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah
merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana
datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba
mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara
kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling'
lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar
kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan
kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya
terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan
syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa
musibah,kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita
teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta
kita.
Very good article and share via network.