Thursday, 18 October 2012

Kisah Seorang Ketua Dan Pekerja




Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.  Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. 


P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Very good article and  share via network.

Sunday, 14 October 2012

Selaman SCUBA dan Risiko





SEJAK berabad lamanya, keajaiban dasar laut sering kali menggamit manusia untuk menerokai misteri keindahan dan keunikannya.
Atas sebab itulah, pelbagai cara dan teknik menahan nafas ketika menyelam dilakukan bagi membolehkan penyelam mendapatkan apa saja yang `diingini' dari dasar laut. Bagaimanapun, penyelam pada zaman dahulu hanya dapat menyelam pada jangka masa dan kedalaman yang cukup terhad. Setelah terciptanya pam yang dapat memberi udara mampat pada tekanan tinggi, impian untuk menyelam lebih lama dan dalam akhirnya menjadi kenyataan.



Alatan asas Recreational SCUBA. Source: Google image.

Sebelum ini, tugas penyelam lebih tertumpu kepada mencari harta daripada kapal-kapal karam, khususnya dalam bidang ketenteraan. Tetapi, sejak pertengahan tahun 1970-an, penggunaan alatan SCUBA (Self-Contained Underwater Breathing Apparatus), aktiviti menyelam menjadi salah satu aktiviti riadah yang cukup menarik. Dengan adanya peralatan moden ini, penyelam kini bebas menjelajah ke dasar laut untuk membongkar rahsia, mitos dan legendanya.

Multiplace Hyperbaric Chamber, Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik, (IPBAH).

Namun, sekalipun peralatan moden membolehkan manusia menerokai dasar laut, fisiologi dan struktur tubuh manusia tidak dicipta untuk tekanan tinggi pada jangka masa yang panjang. Ini kerana, ia boleh mendatangkan risiko pada kesihatan. ``Sekalipun, ia merupakan aktiviti riadah yang menarik, tetapi ia mempunyai risiko tersendiri. "Tetapi, risiko ini boleh dikurangkan dengan latihan dan prosedur menyelam yang betul,'' kata Ketua Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik, (IPBAH), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lt. Kol. (Dr.) Abd. Halim Mohamed. Menurut beliau, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, setiap penyelam perlu menjalani latihan dan mengetahui teknik selaman yang betul. Ini kerana, penyakit-penyakit yang dialami oleh penyelam agak unik dan memerlukan rawatan khusus. Abd. Halim memberitahu, oleh kerana aktiviti menyelam dilakukan di kawasan yang tiada kemudahan perubatan serta komunikasi yang terhad, penyelam biasanya lewat mendapat rawatan.

Antara risiko akibat aktiviti menyelam ialah:

Penyelam yang sedag menerima rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy. Source: Google image.
Decompression Sickness (DCS)
Penyakit yang juga dikenali sebagai dekompresi (decompression sickness) ini merupakan sejenis gangguan fisiologi yang disebabkan oleh penurunan tekanan atmosfera yang terlalu cepat. Perlu diketahui, tekanan di dasar laut jauh lebih tinggi berbanding di permukaan. Biasanya, penyelam akan bernafas dengan udara mampat yang mengandungi 79% Nitrogen dan 21% Oksigen. Sehubungan itu, tekanan tinggi ini menyebabkan gas nitrogen larut dalam tisu tubuh dan darah penyelam. Lebih lama dan lebih dalam selaman seseorang, lebih banyak gas nitrogen yang larut. Ketika penyelam naik ke permukaan laut, gas nitrogen yang larut ini biasanya meresap keluar melalui paru-paru. Bagaimanapun, jika penyelam naik ke permukaan dengan kadar yang terlalu cepat, penghasilan buih gas nitrogen semakin bertambah dalam tisu dan darah. Buih-buih nitrogen dalam tisu dan darah ini akan menghalang bekalan oksigen dihantar ke seluruh tubuh. Sekali gus, ia menyebabkan kerosakan pelbagai tisu tubuh termasuklah saraf tunjang, salur darah, sakit sendi dan abdomen. Ia boleh mengakibatkan penyelam mengalami kelumpuhan, pengsan, kebas, sawan dan sakit sendi.

Bagi kes-kes yang serius, DCS boleh menyebabkan kematian. Risiko untuk menghidap DCS meningkat sekiranya seseorang penyelam menyelam melebihi had masa dan kedalaman menyelam, selaman berulang (repetitive dives) serta mengikuti penerbangan (Flying after diving). Keadaan yang juga dikenali sebagai The Bends atau altitude sickness ini bukan saja menjejaskan penyelam, malah juruterbang dan mereka yang bekerja di persekitaran udara mampat. Penyelam perlu dirawat di dalam kebuk tekanan tinggi atau kebuk hiperbarik. Penyelam akan dimasukkan ke dalam alat ini dengan tekanan tiga kali ganda daripada tekanan atmosfera sambil penyelam bernafas dengan 100 peratus oksigen. Tekanan ini akan mengecutkan buih dalam tisu dan salur darah penyelam.
  

Ear barotrauma paling kerab berlaku akibat perbezaan tekanan pada gegendang telinga. Source: Google image.
Kecederaan Akibat Tekanan (Barotrauma)
Tubuh manusia mempunyai banyak ruang udara seperti paru-paru, telinga tengah, rongga sinus dan usus. Apabila penyelam turun ke dasar laut, tekanan yang meningkat mengakibatkan ruang-ruang udara ini mengecut. Seb)aliknya, jika penyelam naik ke permukaan ruang-ruang udara ini akan mengembang (Boyle's Law). Kadangkala proses ini boleh mencederakan tisu-tisu tersebut. Sehubungan itu, penyelam yang terlatih akan berhati-hati dengan tidak menahan nafas ketika naik ke permukaan. Jika tidak, paru-paru akan mengembang berlebihan dan pecah. 


Keadaan yang dikenali sebagai tekanan trauma atau barotrauma paru-paru ini menyebabkan perubahan pada saiz ruang udara paru-paru. Ia boleh mengakibatkan kecederaan. Selain kecederaan, paru-paru yang pecah ini juga sering kali mengakibatkan udara keluar daripada paru-paru dan masuk ke salur darah berhampiran. Udara dalam saluran darah ini akan masuk ke jantung, otak atau ke seluruh tubuh. Gas yang tersebar ini boleh menyekat aliran darah ke otak yang akhirnya individu terbabit pengsan, lumpuh, sawan dan kematian. Udara daripada paru-paru yang pecah ini boleh memasuki ruang antara paru-paru dan dinding dada (pleura). Kesannya, pesakit akan mengalami sesak nafas, kebiruan dan pengsan kerana kegagalan paru-paru berfungsi. Udara ini juga yang masuk ke ruang sekeliling jantung mengganggu fungsi organ tersebut. Mereka yang menghidap asma, bronkitis dan pernah menghidap penyakit batuk kering (TB) berisiko mengalami keadaan ini. Masalah ini tidak hanya terhad kepada penyelam pada selaman yang dalam. Malah, ia boleh berlaku kepada penyelam yang menyelam dengan kedalaman cetek seperti satu meter sekiranya penyelam menahan nafas ketika naik ke permukaan.


Keracunan gas
Penyelam yang bernafas pada kedalaman lebih 40 meter berisiko mengalami keracunan gas atau dikenali sebagai nitrogen narcosis / inert gas narcosis / raptures of the deep / Martini effect. Keracunan ini berlaku kerana nitrogen yang wujud dalam udara larut dalam saraf apabila tekanan meningkat. Kesannya, penyelam akan khayal, kurang tumpuan, hilang pertimbangan dan mengalami gangguan koordinasi. Walaupun keadaan ini akan pulih serta-merta jika penyelam naik ke permukaan, namun ia sering kali membahayakan keselamatan penyelam.  
Penggunaan oksigen pada tekanan tinggi boleh menyebabkan keracunan oxygen. Pada kedalaman secetek 6 meter, penyelam yang bernafas dengan menggunakan 100 peratus oksigen boleh mengalami sawan dan lemas. Teknik selam menggunakan 100 peratus oksigen hanya digunakan oleh penyelam tentera.
Selain itu, alat selam yang rosak juga boleh menyebabkan keracunan karbon dioksida atau kekurangan oksigen (hipoksia). Kedua-dua masalah ini boleh menyebabkan penyelam pengsan dan lemas.


Sequel From Working Under Pressure: Dysbaric osteonecrosis

Dysbaric osteonecrosis
Penyakit ini mengakibatkan kerosakan sendi, patah tulang, tulang reput dan mati disebabkan terdapat micro buble yang terbentuk didalam salur darah pada tulang. Biasanya, bahagian yang terlibat ialah tulang-tulang panjang seperti lengan dan paha. Penyelam yang menyelam terlalu dalam dan lama atau pernah mengalami penyakit nyah tekanan (DCS), berkemungkinan boleh mendapat penyakit ini. Bagaimanapun, penyakit ini jarang terjadi kepada penyelam yang menyelam mengikut spesifikasi had-had selaman rekreasi.


Lemas
Seseorang yang keletihan dan mengalami sesak nafas ketika dikelilingi air yang dalam, boleh membahayakan nyawa. Lebih-lebih lagi jika penyelam terbabit menghidap sakit jantung, lelah, hipertensi dan diabetes. Lemas juga kerap terjadi sekiranya penyelam panik, cemas dan hilang haluan. Masalah ini boleh berlaku akibat masalah pada peralatan selam, kurang pengalaman, latihan, persekitaran yang gelap, hilang arah atau kombinasi situasi-situasi tersebut.

Hidupan laut
Penyelam perlu tahu bahawa apabila mereka menyelam ke dasar laut, mereka adalah `pelawat' di tempat tinggal makhluk marin. Mengganggu haiwan-haiwan ini sama ada dengan menyentuh atau menangkap mereka boleh mengakibatkan mereka bertindak balas. Terdapat beberapa jenis hidupan laut yang mampu mencederakan manusia melalui gigitan, biasa atau racun. Ini merupakan mekanisme semula jadi haiwan tersebut untuk mempertahankan diri atau kawasan tempat tinggal mereka. Beberapa jenis ikan, termasuk ikan pari, obor-obor, ikan depu, ular laut dan sebagainya mempunyai suntikan racun berbisa yang boleh menyebabkan maut. Keracunan juga boleh berlaku jika seseorang makan ikan buntal atau kerang beracun. Bagaimanapun, kecederaan akibat gigitan jerung yang sering ditakuti, tidak berlaku di negara ini. Ini kerana, jerung yang terdapat di perairan negara ini bukan dari jenis yang menyerang manusia.

Wednesday, 3 October 2012

Rujukan Umum bagi Bateri Kereta (Part 2)

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak share berkaitan info bateri kereta (Part 2). Rujukan ini amat berguna sebagai  rujukan  pembaca bagi memahami  jenis bateri kereta, dimension dan layout terminal.

Ok guys.. untuk tidak menyusahkan diri dan kereta, anda disarankan memilih jenis dan saiz bateri yang compatible dengan bateri anda yang asal a.k.a bateri standard kilang. x salah kalau nk tukar bateri yang bersaiz lebih besar cth: ns60 kepada ns70, tp faktor seperti saiz bateri, dan layout terminal harus diambil perhatian. Semakin besar bateri, semakin besar tenaga yang boleh anda dapat dan saiz yang akan lebih besar kerana terdapat pertambahan plat dalam bateri.

Anda msti juga tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan DIN dan NS? Bateri DIN adalah merujuk kepada bateri spesifikasi Eropah manakala bateri NS merujuk kepada spesifikasi Jepun. Perbezaan utama hanyalah kepada saiz bateri dan layout terminal (A atau B). Untuk menukar bateri DIN kepad NS, anda perlu rujuk saiz bateri yang asal dan jenis layout bateri. Kalo layout dh sama tapi tinggi berbeza nnti sangkut pulakkan. so, table kt bawah nie ada jawapannya. Tengok bateri lama dan compare dengan bateri baru. Mudah kan?..


Rujuk jenis terminal layout anda.  Pengguna selalu tersilap pada kedudukan terminal +ve dan -ve bateri asal. Saiz sama tp jika tersilap terminal, power cable x boleh nak sampai dekat +ve terminal sebab pendek.  Jaga2 jangan sampai shorting yer. Merana poket nnti.


Sekian, itu sahaja dari saya.
Best regards
Bk